Thursday 30 April 2009

Kad Ahli dan Rebet Belian

Memiliki kad ahli untuk sesuatu syarikat dan mengharapkan bayaran rebet bagi pembelian barangan daripada syarikat tersebut, merupakan 'trend' terkini masyarakat lokal dan global. Seluk 'hand-bag', terburai kad-kad ahli yang telah didaftar: kad stesyen minyak Petronas, kad Tesco, kad Giant, kad Mydin... he..he.. kad pasaraya Bintang pun ada! Dan kini, ada satu kad lagi - kad ahli HPA!

Kenapa perlunya kad ahli? Selalunya dengan kad ahli, kita dijanjikan harga belian yang lebih rendah sedikit daripada harga biasa.. itupun kebanyakan syarikat menawarkan untuk barangan terpilih sahaja. Kita juga dijanjikan pulangan rebet atau bonus atas belian kita. Kebanyakan syarikat hanya membayar rebet setahun sekali.

Cerita Kami: Sejak kami berlabuh di sini (bulan 9, 2008), kami adalah pengguna Tesco yang setia. Purata bulanan perbelanjaan di Tesco sekitar RM800-RM1000. Di awal Januari, kami menerima rebet dari Tesco... alahai... RM15.00 sahaja untuk perbelajaan selama empat bulannnnn... Dengan mengubah haluan ke barangan HPA ini, kami ingin melihat berapakah pula rebet atau bonus daripada syarikat HPA... Kami pasti akan mewar-warkan nilai bonus pertama itu (yang dibayar setiap bulan jika cukup syarat - syaratnya iaitu penggunaan sebanyak 100 nilai mata - jika tak cukup, boleh 'carry forward'!)

Yang mana yang akan lebih untung..
Antara RM15.00 (rebet Tesco untuk 4 bulan - September hingga Disember 2008) atau ? (rebet HPA untuk tempoh mula menjadi ahli, menghadiri kursus dan mula menggunakan barangannya - hujung March 2009 - ?)
Kena tungguuuuuuu....

Hijrah pun bermula: Tukar, tukar, tukarrrrrr....

Sambungan dari entry lepas..

3. Tukar Pilihan Minuman

Tukar pilihan minuman daripada MILO (yang sudah bergunung masuk ke perut bertahun-tahun) ke Koko Radix HPA.

Nescaffe ke Kopi Radix HPA.

Teh Lipton ke Teh Manjakani atau Teh Herba HPA.

4. Tukar Minumam Cereal
Dari Nestum ke Cereal Radix HPA

5. Tukar Pencuci Pinggan Mangkuk
Dari pencuci Sunlight atau Tesco ke pencuci Wahdah HPA

6. Tukar Pencuci Pakaian
Dari Breeze atau Fab atau Persil atau MaxKleen ke serbuk Freesia

7. Tukar Ubat Gigi
Dari Colgate atau Darlie atau Kodomo atau Oral B ke Ubat Gigi HPA

8. Tukar Madu
Dari madu Tesco (yang digunakan dalam masakan bagi menggantikan gula) ke madu HPA

9. Tukar Ubat dan Vitamin Tambahan


Oppppss.. banyak lagi yang bakal ditukarkan jika koleksi barangan HPA kian bertambah.. Di sebelah Utara ada Radix Fried Chicken (alternatif kepada KFC), ada Organic Recipe (alternatif ala Secret Recipe), ada Chinese Cuisine (boleh makan sup sharkfin tanpa ragu-ragu tentang kewujudan arak), ada hotel HPA, ada kedai perabot HPA... Mudah-mudahan produk-produk ini cepat sampai ke kawasan tengah dan selatan. Ayuh... marilah kita sama-sama menjayakan.. marilah menyertai tsunami ekonomi ini.... Perjuangan sama dijinjing, untung sama dirasa.

Tuesday 28 April 2009

Hijrah .... Langkah Pertamapun Bermula..

Hijrah ke arah menggabungkan kekuatan Muslim (menerusi janaan dan jaringan ekonomi Muslim menerusi produk HPA) telah dimulakan. Satu keputusan 'ekonomi' yang tidak pernah diambil kisah seumur hidup. Pasti, langkah ini sesuatu yang sukar. Apatah lagi, sejak lahir, kita bagaikan terikat dan diikat dengan pelbagai produk yang telah lama berada di pasaran. Contohnya... Kalau sebut ubat gigi, mesti Colgate. Kalau sebut pencuci pinggan, mesti Sunlight. Kalau sebut serbuk pencuci, mesti Fab atau Breeze... banyak sungguh jenama-jenama yang sebati dalam kehidupan yang sudah berpuluh tahun. Apakah kami mampu berada dijalan yang lurus??? Satu persoalan yang nampak enteng, mudah, biasa, lama... tapi memerlukan satu kekuatan yang luar biasa untuk menghadapinya! Apatah lagi, penghijrahan ini akan memberi implikasi dalam kehidupan seluruh ahli keluarga. Hanya yang mengalaminya mampu merungkai perasaan itu...

Bagaimana kami memulakannya???
1. Tukar Pilihan Ayam

Sejak pulang dari kursus HPA, kami sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada Ayam Organik HPA.
Ayam Organik HPA - diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan. Herba-herba terpilih dicampur ke dalam makanan haiwan seperti daun mambu dan habbatussauda. Lagi, disembelih oleh ustaz.
Testimoni kami: Beza benar rasanya dengan ayam dari kedai biasa terutamanya tentang 'ketahanannya' dari bau busuk. Selalunya, kami akan mengeluarkan ayam dari 'freezer' di awal pagi dan akan memasaknya pada waktu tengahari atau lewat petang. Kalau ayam biasa, baunya menjadi kurang enak.. dan jika dimasak, anak-anak akan memakannya pada hari itu sahaja. Jika ada lebihan, tiada yang sudi menyentuh (jika ada pilihan). Tapi dengan ayam HPA, tiada lagi pembaziran. Masakan lebihan yang disimpan di dalam peti ais, tidak bertukar rasa. Buktinya, anak-anak mahu makan sehingga habis.
Ada yang berkata, "tak mahu lah beli ayam tu kak, mahal sikit". Kalau lama-lama mendengar komen begini, pasti 'iman tergugat'! Itulah namanya perjuangan.. sukar sungguh sukar untuk berubah... moga Allah beri kekuatan...

2. Tukar Pilihan Kordial

Tukar dari kordial Sarsi, kordial Sirap, kordial Ribena dan kordial SunQuick ke Kordial Manggo HPA dan Kordial Roselle HPA
(Hanya ada dua pilihannnnn? Bayangkan, apa yang komen yang kami dapat daripada kelima-lima anak.... pasti ada protes! Tapi untunglah ada acara boikot barang-barang tertentu demi rakyat Palestin... anak-anak dengan kekadang sedikit protes.. menerima seadanya .)
Kebaikan Kordial Roselle - anti penuaan, pencegah penyakit kardiovascular, pencegah kanser, pencegah demam panas atau selsema, mengatasi stress dan kesukaran untuk tidur.
Kebaikan Kordial Mangga - memecah lemak usus sehingga membantu membersihkan usus dan saluran pencernaan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kadar kolestrol darah dan mencegah stroke, meningkatkan pencernaan, mencuci timbunan protien dan parasit cacing pada dinding usus sehingga dapat dengan mudah dikeluarkan menerusi najis, mengelakkan pertumbuhan sel kanser dan meransang serta meningkatkan sistem pertahan tubuh.

3. Tukar Pilihan Minuman
Bersambung......

Atas Permintaan

Hassan dan Azdrim

Atas permintaan mereka, gambar ini dirakamkan. Mereka merupakan pelajar Sarjana pertama saya yang baru sahaja selesai menyempurnakan semua tugasan. Semoga perjalanan mereka seterusnya dalam meniti kehidupan akan berada di jalan yang lurus dan sentiasa diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.

Tuesday 14 April 2009

Hijrah.. Mencari Jalan yang Lurus

Pada hujung minggu yang lepas, kami berkampung di Hotel Allson Klana di Nilai untuk mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang yang dianjurkan oleh syarikat Herba Penawar Al Wahidah (HPA). Hadir atas ajakan, kosong dada dan fikiran... sehinggakan soalan "HPA tu singkatan untuk apa?", tidak dapat dijawab. Jika mengikut logik akal, kami tidak akan berada di situ. Sesekali merenung dalam mencari hikmah, mungkin juga kami di sini kerana keinginan untuknya "pernah ada di dalam mimpi-mimpi".

Kami tiba untuk pendaftaran agak lewat. Keadaan agak kurang selesa kerana kami sahaja yang membawa seluruh isi keluarga ke situ. Bilik hotel masih tidak boleh 'check in'. Mujur, anak-anak tidak banyak kerenah. Biarpun kelima-lima beradik ditinggalkan di luar dewan kursus, tidak ada yang memberontak secara terang-terangan!

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pengenalan syarikat oleh pihak penganjur. Kemudian diikuti dengan slot-slot ceramah. Dalam slot ini, penceramah mendedahkan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi muslim. Kata beliau .. setiap kali rakyat Palestin diserang, maka riuh rendah lah kita.. berbondong-bondong berdemonstrasi.. bersemangat sampai bakar-bakar bendera! Tapi semangat itu terhenti di situ. Bila pulang, kita masih meletakkan seluruh ekonomi keluarga kita di tangan pihak lain... bermula dari pagi sehingga ke malam.. bangun pagi, gosok gigi = colgate, darlie, mandi = Lux, Johnson and Johnson, Garnier, Pureen..., sarapan = Nescafe, Milo, Nestum, biskut Danone.... bla.. bla.... Lalu, beliau tunjukkan pula syarikat-syarikat gergasi yang menghulur bantuan kepada pihak musuh... (Hah! Terkejutkah aku atau selama ini tidak pernah ambil peduli...? Bukankah 90+ peratus produk-produk harian di dalam rumahku adalah berjenama-jenama itu? )

Slot yang lain pula diisi dengan tanyangan sedutan siri Majalah 3 dan 360 yang menunjukkan bagaimana ayam-ayam diproses. Penceramah berkata "Kita meletakkan tanggungjawab menentukan makanan halal di tangan pihak lain yang tidak perlu tahu menahu tentang hukum-hakamnya. Katanya, apa diharap pada orang lain, sedangkan orang Islam sendiri yang telah diberi sijil Halal telah membiarkan ayam-ayam mati sebagai bangkai! Ayam-ayam ada yang di basuh dalam bath tub putih (yang sudah HITAMMMM) dan air basuhannya sepekat DARAH!! Apa lagi yang boleh diharap.. kalau kita sendiri tidak bersatu mempertahannya melalui proses dan produk ekonomi yang berasas Al Quran dan Sunnah. Kata penceramah "Tahukah anda yang menjadi ejen-ejen dan menjayakan perniagaan multi level di negara kita adalah orang Muslim.. Tapi keuntungannya milik siapaaaa?" Marahlah sepuas hati pada syarikat gergasi yang memberi bantuan kepada pihak musuh.. kerana itulah sahaja 'harta' yang kita ada. Pada masa yang sama, kita juga secara tersirat menyumbang bersama dengan musuh-musuh itu!

Hari ini, ketika asyik menggosok-gosok Gem 7 ketika beliau mandi, tiba-tiba beliau berkata "Look mummy, next time you put everything like this", sambil beliau menunjukkan susunan berikut:

Mana satu produk ekonomi yang kita miliki??????

Aku jadi terpaku... aku belek satu per satu ... yang mana satukah produk ekonomi milik kita???? Lalu, aku bisikkan pada Gem 7 (seolah-olah membisikkan pada aku sendiri), "Kita perlu berhijrah..nak.. kita wajib mencari jalan yang lurus.. ". Allah, dengan penuh hikmah, menemukan kami dengan satu jalan yang lurus..Ya Allah, tetapkanlah kami di lalan yang lurus ini. Perjalanan pasti panjang dan berliku...

World's Queen

Semalam menyambut ulang tahun yang ke 40+! Lalu diraikan dengan pemberian kek ini...

Terima kasih semua... I LOVE YOU!

Wednesday 8 April 2009

Sepetang di Litar Formula One Sepang

Menyaksikan perlumbaan kereta antarabangsa Formula One memang "pernah ada di dalam mimpi-mimpi-mimpi". Lalu, keinginan tersebut disempurnakan pada hujung minggu lalu. Peluang tersebut bermula dengan satu panggilan pada lewat petang oleh Encik R. Ketika menerima panggilan tersebut, tidak dikenali siapa pemanggilnya. Beliau, memperkenalkan.."Saya R, ayah kepada H". Sambung beliau, "H memberitahu yang you all nak ke F1......." ..dan... akhirnya selang dua tiga hari, 4 tiket (setiap satu @RM1000 +) ke F1 Sepang selamat berada di dalam genggaman (Terima kasih H dan Keluarga!!!!!!).

Kedatangan tiket tu pulak akhirnya menimbulkan beberapa isu. Siapa yang akan pergi? Kami bertujuh... nak beli tiket tambahan.. alahai.. tentu jadi berkira-kira dengan harga sebanyak itu. Lalu, kami pun mengumpulkan semua Gem dan bertanya siapakah yang 'volunteer' untuk tidak pergi. Gem 7 termasuk di dalam senarai yang pertama tidak boleh pergi! Alasan.. dia kecil. Jadi. tinggal lagi enam. Kami cuba menawarkan hadiah kepada sesiapa yang tidak mahu pergi dengan sukarela. "What's the prize?" Tanya Gem 6. "Can I have an IPhone?" Tanya Gem 4 dengan selamba.. Adusss.. "OKlah.. we will stay at home". Kata Gem 4 dan Gem 6 serentak.

Keesokan harinya, kami membelek lagi tiket-tiket tersebut. Oppsss.. rupanya tiket berkenaan boleh digunakan untuk dua hari, Sabtu dan Ahad. Sabtu untuk acara 'timing' dan Ahad untuk perlumbaan sebenar. Bolehkah orang yang berbeza masuk dengan menggunakan tiket yang sama? Kami pun tertanya-tanya. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk mencuba. Siapa yang akan pergi pada hari Sabtu? Kami mengambil keputusan.. sesiapa yang tidak berminat dengan sukan akan pergi pada hari Sabtu.. pergi sekadar untuk mencari pengalaman. Yang berminat dengan sukan, akan pergi pada hari Ahad.


Pada hari Sabtu, Gem 1, Gem 3 , Gem 4 dan Gem 6 bertolak ke litar Sepang. Masing-masing telah disiapkan dengan topi dan 'earplug'. Walaupun ada arahan untuk tidak membawa sebarang minuman dan makanan, mereka dibekalkan juga dengan beberapa botol air mineral. Mereka pulang lewat malam. Gem 4 dan Gem 6 menunjukkan muka yang sangat ceria. Seronok kah? Tanya saya. Lalu. mereka menjawab "It's not about the racing mum.. it's about the feeling... we feel like we are in England! Do you know we saw Jake (ex Newsround's presenter), we saw Lewis Hamilton.... bla..bla..... O O O .. tahulah saya.. tujuan mereka pergi adalah semata-mata untuk 'merasa kembali' suasasana yang telah lama mereka tinggalkan.


Kesokannya mereka kami tinggalkan. Sepatutnya, Gem 7 tidak pergi kerana tiada tiket tambahan. Tapi Gem 1 kata.. "semalam ramai yang membawa anak kecil tanpa tiket tambahan". Kamipun bertekad untuk membawa gem 7. Mula-mula, Gem 7 Ok saja.. tapi bila mendengar deruman kereta-kereta yang amat membingitkan telinga, beliau mula menangis dan mengajak pulang. Adoi.. macam mana ni? Ramai yang cuba menenangkan Gem 7. Ada sorang mat salleh menghulurkan coklat. Ada pak cik India di sebelah menawarkan ketulan kapas untuk disumbat ke telinga. Ada pemuda Cina menghulurkan 'ear plug' .. katanya ambillah.. saya ada extra (Gem 7 pun dah ada earplug!). Mereka dengan senyum berinteraksi.. bukan sebab Gem 7 menangis mengganggu mereka.. bunyi deruman kereta lebih kuatttt mengalahkan segala bunyi yang ada.
Tetiba.. satu perasaan muhibbah terpantul.. oh.. negaraku..
Akhirnya.. Gem 7 dapat menyesuaikan diri dengan kebisingan.. dapatlah kami menonton dengan aman tanpa perlu mengusung beliau ke sana ke sini.

Ketika perlumbaan dimulakan.. bunyi deruman enjin menggegarkan jantung... WROOOMMMMM... WROOOOOOOMMMMMM... sekelip mata, pelumba-pelumba memecut dengan lajunya.. saya terkial-kial mencari yang mana satu Lewis Hamilton.. 'Mum. the one with yello helmet, black and red car!!!" Jerit Gem 5 sambil mata tidak lepas-lepas memandang ke litar perlumbaan. Gem 3 dan Gem 5 telah lama meninggal kerusi untuk berdiri di depan. Perlumbaan kian sengit, nun di atas..langit kian mendung..seiring dengan guruh berdentum dentam.. Di puncak bukit nun di sana .. ribuan penonton tidak berganjak sambil berteduh di bawah payung-payung pelbagai warna.

Pelumba sedang memecut .. hampir benar kami dengan mereka

Jake (Newsround presenter) ke hulu ke hilir menemuramah

Di depan kami.. setentang dengan 'pit stop' pelumba-pelumba

Kelihatan kereta pelumba Alonso dibelek oleh 'team'nya

Ini pula.. team hari Ahad..

Berhenti sebentar di pameran Mercedes

Ini team hari Sabtu.. puas cari t'shirt merah

Ini di depan pameran kereta BMW
Kih..kih... kecilnya
Inilah tempat duduk 'grand stand' pintu Jade.. tambah RM300 dapat naik tingkat atas.. tapi tak payah pun tak apa.. boleh aje ke atas..

Baru tiba.. hari ahad
Hujan sekejap ada.. sekejap tak ada
Pelumba mengelilingi litar
Seronok melihat kerenah 'team' pelumba masing-masing yang sedang bersedia di 'pit stop' masing-masing. Setiap team bagaikan robot.. tengok tu.. team berbaju putih melangut dengan aksi yang sama menyaksikan perlumbaan di layar tv

Team Alonso ketika beliau berhenti di pit stop
Macam-macam aksi team pelumba. Mereka bekerja pantas. Mudah-mudahan anak-anak mendapat sedikit maklumat secara langsung tentang perlumbaan F1. Ha..ha.. yang kelakar sikit... datang menyaksikan sendiripun, terpinga-pinga siapa juaranya. Walau apapun, pengalaman di negara sendiri ini adalah berharga sambil menyaksikan Sepang dikunjungi lebih kurang 97 ribu orang yang kebanyakannya terdiri dari bangsa asing.
Dalam keghairahan dapat menyaksikan perlumbaan berprestij ini, kami terkedu dengan keihklasan seorang pemandu berbangsa India dalam bas yang kami naiki lewat malam Ahad. Ketika dalam kekalutan dan kegelapan malam mencari arah kembali ke parking, pemandu bas ini menolong dan membawa kami mencari parking.. katanya .."Kesian .. ada anak kecil dan hujan pula". Jadinya, dalam bas itu hanya kami sekeluarga sahaja berpusing-pusing. Semoga Allah merahmati hidup beliau dengan cahaya keimanan.

Tuesday 7 April 2009

Gem 7 dan Hari Sukan Pertamanya

Seminggu lepas kami menerima jemputan ke majlis Sukan Tahunan tadika Gem 7. Saya cuma melihat tarikh dan waktu, tidak pula melihat di mana ianya akan diadakan. Sangkaan saya ianya akan diadakan di padang luas bersebelahan dengan tadikanya. Hari Ahad lepas, baru perasan majlisnya akan diadakan di Main Hall, Hotel Carlton. Inilah kali pertama kami akan menghadiri satu majlis sukan di dewan hotel!

Pagi-pagi lagi Gem 7 sudah bersedia untuk 'bertempur'. Kami tiba ketika para ibu bapa lainpun sedang berpusu-pusu. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk 'para atlet' ke dalam dewan. Untuk kumpulan Gem 7, Gem 7 pembawa sepanduk. Kemudian, kanak-kanak ini berdoa 'doa sukan' dan menyanyikan lagu Negaraku. Majlis disambung dengan pertunjukan Gimnastik dari kumpulan anak-anak ini juga.

Pentas utama

Gem 7 'suspense' untuk memulakan acara

Gem 7 berlari ke arah 'tugasan pertama'
Mula-mula Gem 7 kena 'skipping' dengan bulatan hoola hup
Hah... lega... 'mission accomplished'!!!

Acara seterusnya.. acara anak dan ibu.. kena hasilkan 'mister potato'
Inilah hasilnya... alahai .. tak layak untuk dihakimi!
Gem 7
Acara ayah dan anak.. ha..ha.. Gem 1 kena dukung Gem 7 sambil berlari untuk memasukkan bola ke bakul!
Gem 7 mengambil hadiah daripada guru besarnya

Gem 7 gembira dengan hari sukan pertamanya. Ketika dalam perjalanan pulang, Gem 7 membisikkan.. "Mummy, Next time I don't want to go to Yellow school lah... I want to go to hotel school..."!